Hanis Yulina

Bonjour!

Welcome to my simple blog, i`m Hanis Yulina..thanks for visited my blog, nice to meet you, leave your footstep at my cbox,



Buddies


Tagboard!


Do leave ur message here




Blog Archive


Big Claps

Template: Aina Syaza
Editor:Hanis Yulina
Other: WeHeartIt Photobucket
Berakhirnya sebuah kisah antara dua hati
Monday 22 April 2013
14:16

indahnya malam diterangi oleh sang bulan dan bintang,
hembusan angin sepoi memecah kesunyian,
tatkala hati mengenali erti sayang,
takdir pula menentukan sebuah perpisahan ..


Assalamualaikum wbt ..

duhai hati ..
mengapa perlu ada hati yang terluka kerana cuba untuk menyayangi seseorang ? dan kini hati ini terasa amat hampa .. namun , cuba jua kugagahkan hati untuk meneruskan kehidupan , meskipun warna-warni pelangi tidak lagi menjengukku dan menghiburkan hatiku seperti dulu ..

siapalah aku untuk cuba mengadili takdir yang telah ditentukan oleh tuhan ? aku hanya manusia biasa yang penuh dengan kekurangan , tunduk pada tuhan dengan penuh hina .. aku hanyalah seorang hamba .. dan itu membuatkanku sedar yang kebahagiaan itu lebih indah  bila hati ini redha menerima takdir tuhan yang penuh dengan 1001 hikmah yang tersembunyi .. dan ku yakin itu ..

keyakinan yang kuat inilah yang membuatkanku terus tabah menghadapi lumrah kehidupan yang kadangkala seakan membuatkanku terus tersungkur dan tenggelam dalam kepedihan dan kesedihan yang ku alami .. alhamdulillah , tuhan masih menyayangiku kerana DIA masih hadir dalam hatiku tiap kali kesedihan cuba menguasai hati ..

dan sekarang aku cuba untuk menghapuskan nama yang telah membuatkanku kenal erti hampa dan kecewa .. terima kasih untuk kenangan terindah itu .. akan kusemadikannya dalam ingatanku kerna namamu pernah terpahat dalam hatiku walau seketika cuma ..

Selamat tinggal , Mr. H ..







Labels:


Thanks for reading ♥


0