Hanis Yulina

Bonjour!

Welcome to my simple blog, i`m Hanis Yulina..thanks for visited my blog, nice to meet you, leave your footstep at my cbox,



Buddies


Tagboard!


Do leave ur message here




Blog Archive


Big Claps

Template: Aina Syaza
Editor:Hanis Yulina
Other: WeHeartIt Photobucket
Lekanya hati dek nikmat dunia
Tuesday 23 April 2013
14:55


alunan kicauan burung-burung,
menari-nari di langit biru,
terpukau tika mata memandang,
namun sayang tidak bisa menggapaimu ..


Assalamualaikum wbt ..

indahnya lukisan dunia sehingga ku terleka dek keindahannya yang sukar ku ungkapkan dengan kata-kata .. betapa DIA telah melukis indah pemandangan dunia dengan 1001 warna .. namun sayang seribu kali sayang , bila mana hati yang rakus telah menghilangkan seri warna lukisan dunia .. dan aku disini hanya mampu melihat dan membasahkan pipi dengan airmata ..

mengapa ada hati yang rakus dalam mengambil segala seri hati seorang wanita ? sehingga insan yang berhati lembut telah tersungkur dan tunduk pasrah dengan memilih untuk memisahkan roh dari jasadnya .. meski ajal belum bertandang untuk menyapanya .. lalu untuk apa harus bersedih atas kekecewaan yang menimpa diri sehingga merobek hati tanpa pedulikan DIA yang sentiasa mencintai .. Mengapa ? mengapa ? adakah hati tidak menyedari betapa DIA merasakan sakitnya bila mana melihat hati dizalimi walhal hati tidak berdosa .. sedarlah ! sedarlah ! hati ini hanya perlukan cintaNYA ..

tiada cinta yang lebih didambakan oleh hati melainkan cintaNYA .. dan janganlah kaburi hati dengan cinta duniawi ini kerana ia hanya menipu hati lagi melekakan .. yang hanya mampu memberikan manis sementara namun pahit selamanya ..

coretan jari-jemariku cuba menyampaikan 1001 makna yang sukar untuk di mengerti .. biarlah ia menjadi coretan semata tanpa perlu diriku menjelaskannya dengan huruf-huruf sehingga menjadi baris-baris ayat penuh maknawi ..



Labels:


Thanks for reading ♥


0
|