Hanis Yulina

Bonjour!

Welcome to my simple blog, i`m Hanis Yulina..thanks for visited my blog, nice to meet you, leave your footstep at my cbox,



Buddies


Tagboard!


Do leave ur message here




Blog Archive


Big Claps

Template: Aina Syaza
Editor:Hanis Yulina
Other: WeHeartIt Photobucket
Kebahagiaan itu indah sebenarnya
Thursday 25 April 2013
05:52


kedinginan subuh terasa sekali,
suara unggas mengalunkan bunyi,
hati tidak mengerti kebahagiaan itu,
andai akhirnya perpisahan yang terjadi ..


Assalamualaikum ..

kebahagiaan .. satu perkataan yang sememangnya sebati dalam sanubari setiap makhluk yang mempunyai hati .. semua ingin mengecapi kebahagiaan namun bukan semuanya yang berjaya memperolehinya .. konsep kebahagiaan adalah berbeza pada setiap insan .. ada yang mengatakan memiliki nikmat kekayaan itu adalah kebahagiaan , ada pula yang menganggap memiliki cinta manusia itu adalah kebahagiaan .. harta dan cinta itu yang seringkali cuba dimiliki .. bagi wanita , ramai yang menginginkan bakal suami yang mencintai dan seorang berkerjaya tinggi , dan begitu juga sebaliknya .. kadangkala ini akan menyebabkan wanita cuba untuk berdandan sehingga tampak cantik , hanya kerana untuk kelihatan sebagai perempuan yang mempunyai citarasa yang tinggi .. dan menganggap ini akan membuatkannya berkemungkinan untuk mendapatkan seorang lelaki yang rupawan lagi berkerjaya .. itu semuanya adalah tidak betul ..

kecintaan yang kuat pada duniawi akan membuatkan hati menjadi buta untuk mengenal erti cinta sebenar ..cinta duniawi bukanlah kebahagiaan yang dicari selama ini .. ianya berkonsep sementara sahaja walhal cinta pada kehidupan selepas mati itulah yang merupakan titik kebahagiaan yang hakiki .. kebahagiaan hakiki hanya akan boleh dikecapi jika telah menyiapkan diri dengan bekalan untuk akhirat .. sudah tentu akan merasai nikmat kebahagiaan yang tidak boleh dibandingkan dengan nikmat dunia ..

oleh itu , carilah kebahagiaan yang sebenar dan bukannya kebahagiaan dunia semata .. tiada apa yang ada didunia ini melainkan kesengsaraan , keseronokan yang melalaikan dan kebahagiaan yang sementara .. maka dengan itu , gunakanlah anugerah tuhan yang paling penting dalam diri manusia iaitu akal untuk mencari dan memikirkan erti kebahagiaan yang seharusnya dicari dan diperoleh .. segala puji bagiNYA ..





Labels:


Thanks for reading ♥


2
|